Thursday, February 11, 2010

I'm sorry sayang...

Ibu feel so guilty...

Semalam adalah EL dan rehat di rumah...So cuti bermaksud,Aliah juga 'cuti' dari ke rumah neneknya. Jadi cuba gagahkan diri utk relaks dan berehat dgn amannya.

Tghari okay...Cuma bila menjelang asar, mata dah mula tak tahan. Aliah pula tak mahu tidor sama, nak ajak main. Dia nak main sorang tak apa, tapi ini dia nak kita sama celik dgn dia !!

Argh....Setan apa meraja di hati. Anak kecil itu dimarahi krn menganggu tidur si 'labi'. Kesian sangat, sbb selalunya kalau cuti memang aku jaranglah tak layan dia nak main!

Uhhhu...Lps kewarasan dah kembali, simpati menerjah diri. Ku pandang dia, hati mula meruntun. Air mata merembes, mengenangkan apa yg telah kubuat pd si kecil ini?? Apalah yg dia paham melainkan perhatian dan kasih sayang serta masa yg 'sedikit' utk dinikmati bersama ibu tersayang ???!!

Terkebi-kebil matanya melihat esakan dan pujukan aku ...Tidak lupa juga ucapan maaf ku ulang2 padanya, sungguh aku tidak berdaya semalam.

No comments: