Tuesday, February 23, 2010

Amazed....

Amazed by the scan image...

Yesterday, scan week 8 spt dijadualkan utk detect heartbeat. Alhamdulillah dah dengar! Dan sangat amazed juga tgk ada ruas baby ..Mcm seketul halia bentuk kuih raya bentuk bulan sabit dgn 2 kaki dan 1 tgn bolat! Rasanya baru lagi...Sgt kecik lagi tp scan semlm nampak mcm dah besar. Huhhu! Rasa bersemangat...

Another 2 weeks scan lagi..Pastu baru start sebulan sekali je appointment. Wahai yg dah bersalin banyak, kalau start checkup less than 6 weeks memang kena apptn. very 2 weeks ke sampai lps 3 months ke....Ini special case je base on history?

Sunday, February 21, 2010

Week 8_Paranoid

Day to day, rasa loya tu kdg kuat kdg idak...Paranoid tu dtg semula. Paranoid, takut apa yg dihajati tidak sampai ke destinasinya!

Ye...This for 4 months memang fragile lagi, mcm2 leh jadi.

Dari sac...Nak tunggu heartbeat.
Dari heartbeat...Nak tunggu skeleton, skull semua.
Dari semua2 tu lak nak tunggu limbs..
Dari limbs, nak tunggu organ dalaman...

Waduh....Dugaan. Syohh...Syohh, pegi lau jauh2 wahai PARANOID !!!

* Esok, next appointment utk tgk heartbeat..Doa kami semuanya ok.

Thursday, February 11, 2010

I'm sorry sayang...

Ibu feel so guilty...

Semalam adalah EL dan rehat di rumah...So cuti bermaksud,Aliah juga 'cuti' dari ke rumah neneknya. Jadi cuba gagahkan diri utk relaks dan berehat dgn amannya.

Tghari okay...Cuma bila menjelang asar, mata dah mula tak tahan. Aliah pula tak mahu tidor sama, nak ajak main. Dia nak main sorang tak apa, tapi ini dia nak kita sama celik dgn dia !!

Argh....Setan apa meraja di hati. Anak kecil itu dimarahi krn menganggu tidur si 'labi'. Kesian sangat, sbb selalunya kalau cuti memang aku jaranglah tak layan dia nak main!

Uhhhu...Lps kewarasan dah kembali, simpati menerjah diri. Ku pandang dia, hati mula meruntun. Air mata merembes, mengenangkan apa yg telah kubuat pd si kecil ini?? Apalah yg dia paham melainkan perhatian dan kasih sayang serta masa yg 'sedikit' utk dinikmati bersama ibu tersayang ???!!

Terkebi-kebil matanya melihat esakan dan pujukan aku ...Tidak lupa juga ucapan maaf ku ulang2 padanya, sungguh aku tidak berdaya semalam.

Week 6

Ohh...Loya makin melampau.

Bau minyak, lauk pauk sungguh la busuk skrg...Nak uwek2 ! So angkat bendera putih dari dapur.. So aliah pun sgtlah kesian bila dok dgn aku skrg, makan roti/ bubur je :(

Anyway, dah gi scan hari tu.........Betul laah, ikut kiraan last period memang la dah into 7th week tapi bila scan dia masih dlm 1 week. So EDD maybe dapat la 101010!! Yeaay.........Hehhee.

Sebenarnya dlm seronok, timbul pula ras risau...Sbb kakak2 aku remind suruh jaga2, sbb umur dah 32 mengandung kira dah kurang fit dan subur. Insyallah, moga dipermudahkan! Maklumlah dah susah lekat.........

Hormon kali ni adalah lebih kuat berbanding time arwah Ain dan Aliah dulu...Dulu, kerap kencing dan pening je. Tu pun dah masuk week 7-9 baru rasa! Ni dari week 5 dah rasa loya.. Cumanya kerap kecing pula tak ada! Kerap mengantuk ada laah....Ehhee.

Tekak pula suka masam2, mcm time arwah Ain dulu........Tapi disebabkan minyak2 adalah tidak berapa leh telan (leh telan, tapi lps tu bila sendawa nanti rasa loay yg teruk), makan roti je lorr ! Time gini rasa mcm hilang satu nikmat hidup :(

Betul lah org kata, bila "sakit" hilang satu nikmat hidup...Nikmat merasa.

Monday, February 1, 2010

Week 5

Belum nak gi jumpa doc.lagi..Tapi mual2 tu dah mula menjengukkan dirinya sikit-sikit. So sangatlah 'merana' di pagi hari kerana lapar tapi tak lalu makan dan makan pun rasa nak muntah. Syukur jugak sbb tak seteruk kebanyakan org yg muntah2!

Tapi seriously...Mual2 ni pun rasa nak menangis. Tak selesa ! :(